Halaman

PERMATA HATI KELUARGA

Lilypie First Birthday tickers

Isnin, 3 Ogos 2009

SI BUDAK PENJUAL KUIH

Hari itu selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk,saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalng dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar bekereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin Abang perlukan kuih saya untuk adik-adik Abang, ibu atau ayah Abang" katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian dihati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit Abang tadi pada pengemis tu? Duit tu Abang bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

Moral :

Satu perjalananan seorang kanak-kanak yang begitu taat kepada perintah Allah s.w.t.
Semoga menjadi renungan bersama
Posted by Kisah Tauladan

http://cerita-tauladan.blogspot.com

Khamis, 16 Julai 2009

KURSUS ICT... ALHAMDULILLAH

Kursus ICT diadakan selama 2 hari (16/7-17/7). En Tan telah ajar banyak....
* Jangan bagi ilmu yang salah, maklumat salah ...
contohnya " data dalam pendrive telah didelete" kita kata tak boleh dapat.
itu ilmu salah, tak tau cakap tak tau, belum habis belajar, sebab boleh ambik balik data tue.

*Jangan cakap computer dah 100% takde virus...
sape2 cakap macam tue, jgn kawan dengan dia, pembohong besar.... kaspersky pun kate mereka hanya boleh bersihkan 99%.
SO, belajar dengan sifu Tan cara nak buang virus

ILMU /PENGETAHUAN perlu dipelajari dan diupdate setiap hari. Semoga kita menjadi orang yang suka belajar...

IJTIMAK DUNIA DI MALAYSIA

IJTIMAK DUNIA diadakan di kawasan kuartes KLIA selama 4 hari (9/7 - 12/7)
Semoga rahmat ALLAH bersama-sama kita.....

Saf-saf solat bagaikan di mina semasa haji, mereka adalah umat yang berkumpul semata-mata untuk MEMBESARKAN ALLAH

orang - orang yang sujud kepada Allah dalam senang atau susah, dalam sibuk atau lapang, dalam serba kekurangan semata-mata untuk dapat REDHA ALLAH



Rabu, 8 Julai 2009

IJTIMAK... PERHIMPUNAN UMMAT

saya menghadiri ijtimak tongi atau dikenali sbg beswa ijtimak pada tahun 2007. Satu pengalaman yang cukup menarik dan tidak akan dilupakan sepanjang hayat. Disana saya berpeluang bertemu dgn rakan-rakan lama dari Germany dan juga Marocco. Pertemuan yang sangat akrab dan sentimental. Saya menyaksikan jutaan manusia berkumpul dan bergerak menelusuri tebing sungai Tongi bagi mndengar bayan-bayan dari orang-orang yang sudah lama mengabdikan diri mereka untuk agama Allah. Baik dari segi dakwah, ibadah, ilmiah dan juga khidmah.Saya tidak pernah menjumpai satu perhimpunan yang begitu besar. Para jemaah dari luar negara semuanya diberi makan secara percuma. Malah layanan juga adalah sangat memuaskan. Memuaskanlah untuk standard Bangladesh yang kita selalu pandang remeh temeh. Saya menyerap satu rasa kecil, hina namun begitu mesra dek kerana layanan Mat-Mat Bangla yang sangat baik. Ya, Mat-Mat Bangla yang kita selalu pandang sebelah mata sahaja. Perasaan itu saya kira merupakan tak sampai secebis rasa kasih sayang Nabi saw kepada umatnya tanpa mengira apa jua latar belakang dan juga keturunan.Ijtimak selama 5-6 hari itu disudahi dengan satu bayan/ucapan agama yang cukup panjang namun berkesan oleh Maulana Saad. Doa penutup atau akheeri munajat disarati dengan tangisan teresak-esak dari seluruh majmak memohon keampunan Allah, kasih sayang dan juga pedoman dari Rabb yang menguasai seluruh jiwa dan hati. Doa yang dipohon buat menarik belas ihsan dari Allh atas keadaan ummah. Doa buat diri sendiri, keluarga, masyarakat dan seluruh alam agar mendapat tempat dalam darjah keredhaan disisi Allah taala. Doa memohon agar Allah menzahirkan bantuanNya, agar Allah menyiram seluruh jiwa dengan kehidupan peribadi mulia Muhammad saw. Meninggalkan medan ijtimak Tongi, mencetus rasa harap agar pada masa akan datang ijtimak sebegini akan diadakan di Malaysia. Kini ia datang disini. Walaupun keberiaan saya di dalam hati sudah saya rasakan mencukupi, tapi ribuan manusia sejak Oktober 2008 sehingga kini sudah memberikan seluruh jiwa, keringat dan maruah buat menjayakan ijtimak Malaysia 2009. Curahan peluh diiringa dengan titisan air mata saya saksikan sepanjang persiapan kearah ijtimak Malaysia. Curahan peluh demi ikhtiar yang diperintahkan Allah dan RasulNya saw dan titisan air mata buat mempersembahkan rasa lemah, tidak ada, tidak mampu dan tidak upaya kepada Allah buat meraih rasa simpati dan ihsan dari Nya agar mempermudahkan segala urusan.Ayuh....kita hayunkan langkah..........moga Allah terima saya dan tuan2 semua.
http://rahba81.blogspot.com/
http://ijtimakmalaysia.blogspot.com/

Rabu, 1 Julai 2009

KEPALAKU PUSING

cuaca makin panas... alyaku sakit kepala. Dah demah dengan air sejuk. Allhamdulillah, alyaku dan tidur. Moga2 Allah bagi kekatan kepada alyaku untuk jadi insan bertakwa.
nun diluar saya, mentari bagaikan bencikan awan. awan bagaikan dilarikan angin. terik, panas, bagaimana nanti dipadang mahsar. 12 biji matahari sejengkal di atas kepala. angin sepi bagaikan hilang punca. semuanya aturan Allah sebagai peringatan.
ingatlah, bukan lgi panas, disana otak bakal menggelegak.

satu golongan, pada masa itu sedang beristirehat di atas timbunan kasturi, di atas singgahsana daripada mutiara. mereka adalah, golongan yang berusaha menghidupkan agama di saat orang meninggalkannya. semoga saya dan alya dimasukkan dalam golongan tersebut.

Selasa, 30 Jun 2009

USAHA ATAS IMAN

IMAN- keyakinan kepada Allah merupakan asas dalam Islam. Jika iman kita betul dengan Allah, maka amal kita akan jadi betul. Tetapi, jika dalam hati kita ada syirik walaupun sebesar debu, nescaya tiada manafaat dan ganjaran untuk amal kita. Maka, menjadi tuntutan supaya kita usaha atas iman dengan sungguh-sungguh.
Apa itu usaha atas iman?
Usaha betulkan yakin dalam hati supaya yakin kepada Allah, dan tidak yakin pada asbab. Guna asbab tetapi yakin pada Allah. SAKIT maka kita makan ubat, tetapi yakin Allah yang menyembuhkan... Semoga binkisan bicara ini memberi dorongan untuk kita semua.

Selasa, 23 Jun 2009

MISTERI BATU MELAYANG

Ada yang menyebutnya sebagai batu terbang atau batu gantung. Ada yang menyebutkan sebagai batu pijakan Nabi Muhammad saat akan mi'raj ke langit. Sang batu ingin ikut terbang ke langit, tetapi dilarang oleh nabi, sehingga berhenti dalam posisi melayang hingga sekarang.
Banyak yang percaya begitu saja gambar dan cerita tersebut. Tetapi tak sedikit juga yang bertanya-tanya. Apakah batu tersebut benar-benar ada? Benarkah itu foto asli?
Setelah beberapa lama mencari-cari kebenaran cerita dan foto tersebut, akhirnya ada kejelasan yang diperoleh dari forum diskusi berbahasa arab. Ternyata foto batu ini sudah tersebar jauh dan juga menimbulkan 'kehebohan' di antara mereka. Jika dalam versi indonesia, embel-embel ceritanya adalah tentang kisah isra' mi'raj di atas, maka dalam forum berbahasa arab itu cerita pengiringnya berbeda. Tidak mengenai isra mi'raj. Di situ diceritakan bahwa batu ini berasal dari wilayah Al Ahsa (bukan Al Aqsa), di bagian timur Arab Saudi, di sebuah desa bernama Al Tuwaitsir. Sang batu, konon ceritanya, tiba-tiba melayang setinggi sekitar 10 cm di suatu hari di bulan April, tanpa sebab yang jelas.
Seorang anggota forum tersebut menanggapi dengan menyatakan bahwa ia hidup di wilayah tersebut dan tidak pernah melihat ada batu yang terbang melayang. Ia pun kemudian memberikan foto-foto batu yang dimaksud. Dan ternyata, memang batu tersebut ada, namun mempunyai penyangga di bawahnya. Foto asli batu tersebut menunjukkan bahwa memang batu tersebut cukup unik. Dan dengan mengambil sudut pemotretan yang tepat, dilanjutkan dengan manipulasi hasil pemotretan dengan photoshop atau program pengolah gambar lainnya, orang dengan mudah menghilangkan penyangga tersebut untuk memberi kesan sebagai batu yang melayang di udara.

Berikut adalah foto-foto batu asli dari berbagai sudut pengambilan gambar:

Bagaimana dengan batu yang merupakan pijakan Nabi saat ber-isra'mi'raj? Di samping ini adalah gambar batu tersebut. Ia berada di Yerusalem, Palestina di wilayah Masjid al Aqsha. Batu inilah yang dilindungi dengan bangunan yang kita kenal sebagai simbol Palestina, yaitu Masjid berkubah Emas, Dome of the Rock, atau Qubah al Shakhra atau masjid Kubah Batu. Apakah batu ini melayang? Wallahua'lam, sepertinya tidak.
Jadi, semoga kita tidak terburu-buru percaya dengan cerita-cerita heboh, ajaib, yang diembel-embeli dengan kisah-kisah islami atau dihubungkan dengan kekuasaan Allah.
Jangankan cuma batu sebesar itu, Allah pun berkuasa untuk mengangkat bukit Thursina ketika mengambil sumpah kepada kaum Yahudi. Tetapi, kalau memang batu tersebut tidak melayang, tidak terbang, dan ternyata merupakan hasil manipulasi foto belaka, apakah kita akan tetap menyebarkan foto-foto tersebut? Apalagi kisah sang batu yang ingin ikut Nabi ke langit tersebut juga tidak jelas sumbernya.
Semoga halaman ini bermanfaat untuk kebenaran.

UNTUK LEBIH INFO SILA KE URL DI BAWAH:

RENUNGAN BUAT SUAMI

Sekeping kertas catatan biru, bertaip cantik dan kemas, menjadi simpanan sekian lama, titipan daripada YANG TERISTIMEWA, menjadi bingkisan dalam hidup yang sementara, menuju ke pintu syurga. Bantulah kami dengan DOAmu semua di sejadah, selepas sujuh di malam syahdu di hadapan Rabbi.

Ini kira, kalau yang baca tue sang puteri, ambik bagi kat suami pun boleh... klu si suami, jadikan panduan, pedoman, pendorong ke jalan bahagia yang diredhi Allah. Ana bukan ustaz, kat sekolah semua panggil ustaz, tapi saya cinta Agama.
Semoga ISLAM terus berkembang...
Wahai SUAMI renungkanlah
Pernikahan@perkahwinan menyingkap tabir rahsia
Isteri (alya) yang kamu nikahi tidak semulia Khadijah
tidaklah setakwa Aisyah
tidaklah setabah Fatimah
Justeru
Alyamu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah
Pernikahan@perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama
Alya menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Alya ladang tanaman, kamu pemagarnya
Alya kiasan ternakan, kamu gembalanya
Alya adalah murid, kamu mursyidnya
Alya bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya
Saat Alya menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Seketika Alya menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandainya Alya tulang yang bengkok, berhati-hatilah meluruskannya
Pernikahan @ perkahwinan menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha ALLAH swt kerana
Memiliki Alya yang tidak sehebat mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.
pun bukan Saidina Ali Karramallahhuwajhah
cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH
~AMIN~
.: terima kasih Maira :.

PROLOG CINTA

Titipan di dinding buat panduan, peringatan, pedoman (3P) hidup.

Ya ALLAH, jika aku jatuh cinta,

cintakanlah aku pada seseorang

yang melabuhkan cintanya pada-MU,

untuk mencintai-MU.


Ya ALLAH, jika aku jatuh cinta,

jagalah cintaku padanya,

agar tidak melebihi cintaku pada-MU.

Ya ALLAH, jika aku jatuh cinta,

izinkanlah aku menyentuh hati,

seseorang yang hatinya tertaut

Isnin, 22 Jun 2009

HADIS PENERANG HATI..

Hadis mengenai akhlak terpuji...
"Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda: Mukmin yang sempurna dikalangan orang yang beriman ialah orang yang baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya."
Alhamdulillah, berkat berbuat bai kepada isteri, dia penat pun dapat makan special. Hari nie dapat makan sup ikan jenahak. Special... Berbuatlah baik dengan isterimu (alyamu)

Hadis mengenai kebaikan membaca Al-Quran...
"Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda: Janganlah jadikan rumah-rumah kamu sebagai perkuburan, Sesungguhnya syaitan akan lari daripada rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah."
Rakan-rakan taulan, rajin-rajinlah membaca alQuran. Sesungguhnya hak alQuran perlu dikhatamkan 2 Kali Setahun. klu Belum tahu, istigfarlah.. dan mulai tahun ini, usahalah.
alquran digital, boleh dibaca didepan komputer....
http://www.quranflash.com/en/quranflash.html

Selasa, 16 Jun 2009

RUMAH KENE CEROBOH

Cuti sekolah, kami sekeluarga balik kampung di Besut, Terengganu. salah satu amalan ialah, tengok muka ibu dengan penuh kasih sayang dapat pahala. Perjalanan amat memenatkan.
14/6/2009 kami balik ke rumah, tengok luar ok je... masuk-masuk, kat tengah2 rumah berselerak. ada kesan tapak kaki dan tangan kat dinding,,,, spiderman datang ke...
rupa-rupanya dimasuki pencuri.

Ya Allah selamatkanlah harta kami... cek2 dua tabung duit hilang. Satu tabung baby kecik kami... siannya baby kecik, tabung kene curi. lagi satu abbi dia punyalah. Alhamdulillah, 2 buah notebook tak diambilnya.

hairankan... itulah hakikatnya, semua berlaku dengan izin Allah. Pencuri tue nak ambik pun setakat yang ditakdirkan oleh Allah. Insya Allah, ini semua ujian untuk meningkatkan lagi iman dan memebersihkan harta dari yang kotor...
~insan redha~

Rabu, 10 Jun 2009

UJIAN DAN DUGAAN PENGUAT IMAN

Isteri tersayang masuk wad kat Jerteh... Demam dah tiga hari. Harap semua yang melawat ke sini, doakan keSEMBUHan dan keSIHATan alya yang kusanyangi.
"dalam kehidupan ada ranjau dan duri,
walaupun berbisa, terluka,
namun aku jadi kuat,,,
dalam kehidupan ada ujian,
kadang-kadang sukar, kurang oksigen,
namun keyakinan pada-Nya betambah,,,
Sesungguhnya setiap kepayahan itu dianugerahkan
dengan PAHALA yang besar bila
SABAR"

Jumaat, 5 Jun 2009

BALIK KAMPUNG

Alhamdulillah... muar tempat perantauan, best macam maner pun tempat orang. Balik boleh tengok mak ayah. Anak yang tengok muka mak ayah dengan penuh kasih sayang dapat pahala. Kgku kampung Pasir Akar. nak tengok kat gaames travian: http://www.travian.com.my/?uc=my4_7847

Kampungku jauh nun disana, pinggir hutan simpan Terengganu. Alhamdulillah dengan perjalanan yang jauh, luas pemandangan tambah pengalaman, dan bertambah YAKIN dengan tanda-tanda kekuasaan ALLAH Yang Maha Bijaksana.
"Ya Allah, Selamatkanlah perjalanan kami, dan kami tergolong dikalangan orang2 yang taat."

Khamis, 4 Jun 2009

ADA APE PADA CINTA

cinta itu manis
bila dihiasi iman tak takwa
pahitnya mengalahkan hempedu,
jika tidak pada tempatnya.

cinta itu tenang
mencintai Allah sebagai asasnya
bila bertuhankan nafsu,
Dunia sengsara, akhirat menderita.

cinta itu bercahaya
kerana fitrah dari Pencipta,
bila salah jalannya,
hitam, pekat, keGELAPan api neraka menjelma.

Jadikan CINTA ILAHI
sebagai asas dalam percintaan

Rabu, 27 Mei 2009

HITAM...

Tam, Che Tam, Pak Tam.....antara gelaran-gelaran yang merujuk pada Hitam.....

Hitam juga merujuk kepada gelap. Hitamnya malam dikata gelap gelita...namun kehitaman malam menyerlahkan kecantikan cahaya. Cahaya bulan dan bintang yang menyinari bumi, menghiasi sehingga dinihari. Tanpa kehitaman malam, pudar cahaya dan senyuman bulan, tak menyerlah keayuan diri bintang.......'Tanpa Hitam malam, siapalah bulan dan bintang'.

Hitamnya rambut...........ia tetap tinggi bertakhta. Menjadi lambang bahawa diri masih muda. Kekadang membawa lupa maut hampir tiba. Membawa insan segak bergaya. Sehingga ada yang terniat ingin 1 tambah 3. Namun kehadiran lawannya putih membawa insan menginsafi segalanya.

Hitam-hitam si tompok manggis, lagi hitam lagi manis. Itu sebab dimata kita hitam legam tapi tetap ada orang berkenan. Berkasih, bercinta sehingga berjanji sehidup semati.Hitam-hitam si buntut kuali, walaupun hitam hatinya tetap suci..............Bilal bin Rabbah, hamba kulit hitam..............namun imannya putih suci bersih wai'mah dicerca serta diseksa. Imannya mantap bagai pasak. Sehingga tersemai kasih, cinta hanya untuk ALLAH Yang Mencipta.
Hitam malam mencantikkan bulan dan bintang. Hitam rambut sebagai takhta. Hitam kulit semakin manis.Hitam hati ?...........habis porak peranda sepelusuk dunia.
~bingkisan umair82~

Isnin, 25 Mei 2009

SOLAT BERJEMAAH


Kejayaan Manusia dalam agama yang sempurna
Bila kita taat perintah Allah, ikut sunnah nabi Muhammad SAW. "Nabi telah mengajar kita, solatlah sebagaimana kamu lihat aku solat". Nabi SAW tidak pernah solat fardu di rumah. Semoga kita sebahagian daripada ORANG2 yang dimaksudkan oleh Baginda SAW.
"Solat berjemmah 27 kali ganda lebih daripada solat bersendirian".
Oleh itu, didiklah diri kita SOLAT BERJEMAAH dan untuk mendidik anak2 lelaki bawalah dia solat berjemaah dimasjid atau surau. Amin. Semoga bingkisan ini menjadi ungkapan penyubur semangat untuk beribadat.
~Insan yang lemah~

Ahad, 24 Mei 2009

GELAP... HITAM... PEKAT

malam itu gelap, cerahkanlah dengan tahjud
kubur itu gelap, cerahilah dengan alunan merdu bacaan quranmu
api neraka itu hitam, selamatkan diri dengan titisan air mata taubat di malam hari,
bangkitlah pejuang Islam, keluarkan diri dari kePEKATan selaput
dosa dan noda dihati,
Berlari pantas ke pintu syurga,
yang sentiasa terbuka luas untuk hamba2 Allah.
~suara umair82~

EPILOG CINTA BERSIRI (III)

Kehancuran dan kemusnahan cinta terjadi saban waktu, demikian pula setiap detik ada bunga-bunga cinta berputik di mana-mana. Dimanakah bukti kata pujangga, cinta di alam remaja itu suci dan membawa kesejahteraan? Seluruh pelosok alam tahu cinta memerlukan pengorbanan. Cinta telah menyebabkan terkorbannya iman, agama, maruah, adab dan budaya, meskipun tidak dinafikan cinta pradewasa itu ada yang harum dan kekal mewangi. Sebenarnya kesucian dan kebenaran cinta itu tidak lahir dari kata-kata. Ia bukan juga bukti sebuah kejujuran dan keikhlasan. Cinta hadir daripada keterampilan pemilik cinta itu sendiri. Seorang lelaki yang benar-benar jatuh cinta dan mencintai seorang perempuan akan menunjukkan sikap, sifat, prnampilan serta gerak laku yang sentiasa meyakinkan insan yang dicintainya. Awas wahai puteri-puteri, setengah-setengah daripada sikap yang demikian baik dan penuh sopan pun penuh pula dengan kepura-puraan. Kekuatan dan kebenaran cinta yang diredhai Allah sebenarnya bermula daripada diri seorang yang beriman.
bersambung...

Isnin, 11 Mei 2009

EPILOG CINTA BERSIRI (II)

Kehancuran dan kemusnahan cinta terjadi saban waktu, demikian pula setiap detik ada bunga-bunga cinta berputik di mana-mana. Dimanakah bukti kata pujangga, cinta di alam remaja itu suci dan membawa kesejahteraan? Seluruh pelosok alam tahu cinta memerlukan pengorbanan. Cinta telah menyebabkan terkorbannya iman, agama, maruah, adab dan budaya, meskipun tidak dinafikan cinta pradewasa itu ada yang harum dan kekal mewangi. Sebenarnya kesucian dan kebenaran cinta itu tidak lahir dari kata-kata. Ia bukan juga bukti sebuah kejujuran dan keikhlasan. Cinta hadir daripada keterampilan pemilik cinta itu sendiri. Seorang lelaki yang benar-benar jatuh cinta dan mencintai seorang perempuan akan menunjukkan sikap, sifat, prnampilan serta gerak laku yang sentiasa meyakinkan insan yang dicintainya. Awas wahai puteri-puteri, setengah-setengah daripada sikap yang demikian baik dan penuh sopan pun penuh pula dengan kepura-puraan. Kekuatan dan kebenaran cinta yang diredhai Allah sebenarnya bermula daripada diri seorang yang beriman.
Bersambung....

Selasa, 28 April 2009

EPILOG CINTA BERSIRI (IV)

Jelas suatu pendustaan sekiranya seorang lelaki berkata dia benar-benar mencintai seseorang perempuan tetapi dalam masa yang sama mencemarkan maruah, kesucian atau keimana wanita tersebut. Lelaki adalah pelindung dan pemimpin kepada perempuan. Merekalah pembela maruah dan nasib perempuan. Bolehkah diterima janji cinta sedangkan dalam masa yang sama dia mengheret pasangannya itu ke kancah maksiat? Diakah yang diharapkan menjadi teman melayari bahtera kehidupan untuk sama-sama mendarat di pulau iman? Lelaki yang benar-benar mencintai pasangannya tidak akan mencemarkan kekasihnya walaupun sekadar bersentuhan sebagai bukti cinta. Ketahuilah olehmu wahai remaja, semua perlakuan itu tidak lain dan tidak bukan dari hasutan nafsu serakah yang ditujangi hasutan syaitan. Cinta ibarat cahaya, bukan pencetus masalah dan pembawa derita. Tidak perlu berkorban untuk cinta kerana cinta yang benar-benar suci dan anugerah Ilahi menjadikan pemiliknya bertambah matang, dewasa, beriman malah berpribadi mulia.
Cinta pasti hadir dalam jiwa manusia terutamanya dalam kemelutnya menghadapi perubahan diri, persekitaran dan juga alam. Serpiha jiwa remaja betembung dengan perasaan ke arah kedewasaan menyebabkan lahirnya pertemuan dua perasaan iaitu jiwa keanak-anakan dan naluri kedewasaaan. Ketahuilah, rasa cinta, kasih dan sayang di alam remaja hanyalah dorongan naluri untuk memiliki dan dimiliki. Sedangkan hakikat yang sebenar rasa demikian adalah pengisian ke arah tuntutan iman dan kesedaran untuk ditumpahkan sepenuhnya kepada Allah swt. Dan ketahuilah, rasa cinta itu sebenarnya adalah rasa resah yang lair dan tidak terpimpin. Ia adalah rasa yang bakal menjadi virus perosak kepada kehidupan yang penuh peradaban. Wahai remaja, serahkanlah cintamu kepada Yang Esa, cintamu pasti berbalas dan pelbagai nikmat yang tidak terhintung.
perKAHWINan gerbang kebahagiaan sejati...
insan biasa~

PENAT DIRAYU SYAITAN

Pagi-pagi lagi ke sekolah... syaitan tanpa perlu kenderaan, pakaian terus mengikuti saya. mengoda, memujuk dan mencari peluang supaya saya marah, dan menjadi sekutunya dengan membuat maksiat.

1. untuk selamat, kita perlu tahu cara syaitan goda kita.
2. Sentiasa sibukkan diri dengan amal.
3. Berdoa supaya dijauhkan daripada godaan syaitan

EPILOG CINTA BERSIRI (I)

EPILOG CINTA II
Mutakhir ini cinta seolah-olah telah hilang keramatnya. Cinta yang suci dan penuh makna menjadi bahan terbuang, berciciran di mana-mana; di lorong-lorong, di bawah rimbunan pohon dan apatah lagi bila malam melabuhkan tirainya. Remaja berebut-rebut mengutip bunga cinta yang berkeliaran dan bersimpang siur di mana-mana. Harga diri dipertaruhkan hingga akhirnya menjadi habuan nafsu yang tidak mengenal iman dan kehormatan.
Entah dimana silapnya cinta yang menjadi lambang kebahagian, kedamaian dan keamanan manusia sejagat menjadi pemusnah. Remaja perempuan hilang maruah demi cinta. Lelaki menjadi penjaja cinta murahannya. Kedua-duanya hilang adab sopan, ibu bapa pula menjadi musuh, kononnya satu pengorbanan.
bersambung..............

Ibnuumair
KPLI Matematik 2007

Sabtu, 25 April 2009

DOA SENJATA MUKMIN

kehidupan amat sementara. dengan doa dan titisan air mata mampu menjadi pemadan api neraka yang 70 kali ganda daripada api dunia. renungkanlah.