Seorang manusia biasa, ditemani isteri yang HEBAT, LUAR BIASA, menjadikan diri saya sentiasa bertenaga mendaki perjalanan muhibaah ke JALAN YANG LURUS...
Hazrat Abdullah bin Mas'ud r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda " Sesiapa membaca surah al-Waqi'ah pada setiap malam, kebuluran tidak akan menimpanya untuk selama-lamanya". Abdullah bin Mas'ud r.a. selalu menyuruh anak-anak perempuannya membaca surah ini pada setiap malam.
~ hadis riwayat Baihaqi~
Dari Abdullah bin Umar r.huma meriwayatkan bahawa, seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w " Ya Rasulullah s.a.w , apakah amalan yang paling baik dalam Islam?" Baginda bersabda " Memberi makan dan memberi salam sama ada kamu mengenalinya ataupun tidak."
Dari Abdullah bin Mas'ud r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda "Jangan ada diantara kamu yang memberitahu kepadaku sesuatu tentang sab=habat-sahabatku, kerana aku suka untuk keluar kepadamu dengan hati yang jernih (Bebas dari segala sangka buruk)." ~HR Abu Daud~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan