Halaman

PERMATA HATI KELUARGA

Lilypie First Birthday tickers

Ahad, 18 April 2010

KERJA SORANG-SORANG?

(Bila saya buat kerja, datang macam-macam perasaan.... riak, takabur)

Alhamdulillah dah selesai perkhemahan pengakap 3h 2m. Murid-murid pun happy hari nie dapat balik. Saya pun syukur kerana dapat menunaikan tanggungjawab. 2 hari kejut murid-murid bangun solat subuh. Kerja yang mencabar... Masa nielah syaitan datang kacau.

ADA ORANG: Syaitan tabik kat dia. syaitan kata kau lagi BERANI daripada den  aku. Ini yang syaitan cakap masa jumpa firaun bila dia mengaku dia tuhan.

ADA ORANG: Syaitan tak kacau pun dia, syaitan kata u patner gua. Ini orang-orang yang tidak beriman kepada Allah.

ADA ORANG: Syaitan kata tua lambat lagi... dah tua ibadatlah. Ini golongan muda-mudi yang ingkar dengan Allah.

ADA ORANG: Syaitan kata... tuan budiman bagus, dah pasti selamat. Ibadat tuan bagus, mati esok  confirm masuk syurga. Ini golongan yang beriman dan takut kepada Allah.

Itulah kerja syaitan, dengan pelbagai helah dan tipu daya. Maka segeralah berjemaah. Bila dok dorang-sorang, buat kerja sorang-sorang... syaitan akan cuba macam-macam cara nak SESATkan kita. Syaitan nie orang lama, tak mati-mati.

 Untuk selamat... Usaha atas iman

Rabu, 14 April 2010

ZIKIR?

(Takkan zikir je... nak makan ape?)


Hidup tak selalu tenang... bukan kerana miskin, kerana banyak LUPA Allah. Apa nak buat... tanya sama belalang, belalang pun jawab. Oden tak kojo, oden zikir, hari2 dapat makan.


Hidup kita untuk berjaya (amal agama dengan sempurna) meliputi iman, ibadat, muammalat, muasyarat, akhlak. Usaha & ikhtiar perlu kita buat sebagai ibadat dan kita wajib meyakini hasilnya adalah daripada Allah.


Untuk itu kita mesti betulkan cakap... bila cakap mulai betul, InsyaAllah amal semakin SEMPURNA. Cakap yang paling betul adalah berzikir memuji Allah, menceritakan kebesaran dan kehebatanNya kerana semuanya benar dah sahih.


SALAH: Memang Allah bagi rezeki, tapi kita kene kerja.
BETUL: Kita wajib kerja, tapi Allah yang bagi rezeki.


~renungan dari insan yg lemah di teratak minda, diharapkan kesalahan dan kelemahan saya dibetulkan~

PENAT BEKERJA?

(Kerja yang banyak bertambun-tambun menyebabkan ada yang mengadu kePENATan)

Penat sangatkah kita bekerja? Kenapa kita penat bekerja sedangkan itu pilihan kita. Pada saya, ajaran agama itu sangat tepat dan supaya kita tidak penat maka kita perlulah menuruti segala ajaran agama.

Untuk kuat:
1. Solat tahjud- Allah akan beri kekuatan pada jasmani dan rohani
2. Solat berjemaah 5 waktu- Kesegaran badan dan keseimbangan cas dalam badan.
3. Rehat yang cukup.

Untuk tenang:
1. Niat kerja kerana Allah- Kita akan syukur dapat sempurnakan kerja
2. Kerja sebagai ibadat- Hati akan tenang dan mendapat taufik dalam menyempurnakan kerja.
3. Buat dengan BETUL

Semoaga hati kita semakin tenang, kerja menjadi mudah dan dapat disempurnakan. Syaitan membisik "Takpe, nanti kerja tue boleh buat... rehat dulu".
Jangan tangguhkan kerja

Jumaat, 5 Mac 2010

BAKAT @ USAHA ?

Ada orang yang tak pergi sekolah, tapi jadi orang yang hebat. Menemui perkara-perkara ajaib yang diciptakan Allah untuk kegunaan manusia. Contohnya graviti oleh newton, penciptaan lampu dll.

Adakah mereka dilahirkan dengan bakat?
Atau mereka rajin berusaha?

Persoalan ini sukar untuk dijawab. Tapi saya mendengar perbincangan bahawa, orang yang diberi bakat istimewa perlulah bersyukur. Bila bersyukur dia adalah orang yang berjaya. Orang yang kurang berbakat, rajin-rajin berusaha dan SABAR, maka dia adalah orang yang berjaya. Walaupun berbakat tapi tidak bersyukur, dia adalah orang yang gagal. Begitu juga orang yang tidak berbakat, malas berusaha dan menyalahkan takdir maka dia adalah orang yang gagal.

Ya Allah, Golongkan kami dikalangan orang-orang yang berjaya.

KEMBALI LAGI?

Assalamualaikum... sudah lama saya menyepi diri. Bukan tak sudi, tapi dah dapat anak macam-macam lagi. Alhamdulillah, langit kembali cerah... saya menyusup dicelah-celah kesibukan untuk menitip berita buat rakan-rakan.
MARILAH Berblog...

Isnin, 3 Ogos 2009

SI BUDAK PENJUAL KUIH

Hari itu selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk,saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalng dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar bekereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin Abang perlukan kuih saya untuk adik-adik Abang, ibu atau ayah Abang" katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian dihati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit Abang tadi pada pengemis tu? Duit tu Abang bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

Moral :

Satu perjalananan seorang kanak-kanak yang begitu taat kepada perintah Allah s.w.t.
Semoga menjadi renungan bersama
Posted by Kisah Tauladan

http://cerita-tauladan.blogspot.com

Khamis, 16 Julai 2009

KURSUS ICT... ALHAMDULILLAH

Kursus ICT diadakan selama 2 hari (16/7-17/7). En Tan telah ajar banyak....
* Jangan bagi ilmu yang salah, maklumat salah ...
contohnya " data dalam pendrive telah didelete" kita kata tak boleh dapat.
itu ilmu salah, tak tau cakap tak tau, belum habis belajar, sebab boleh ambik balik data tue.

*Jangan cakap computer dah 100% takde virus...
sape2 cakap macam tue, jgn kawan dengan dia, pembohong besar.... kaspersky pun kate mereka hanya boleh bersihkan 99%.
SO, belajar dengan sifu Tan cara nak buang virus

ILMU /PENGETAHUAN perlu dipelajari dan diupdate setiap hari. Semoga kita menjadi orang yang suka belajar...