Halaman

PERMATA HATI KELUARGA

Lilypie First Birthday tickers

Rabu, 27 Mei 2009

HITAM...

Tam, Che Tam, Pak Tam.....antara gelaran-gelaran yang merujuk pada Hitam.....

Hitam juga merujuk kepada gelap. Hitamnya malam dikata gelap gelita...namun kehitaman malam menyerlahkan kecantikan cahaya. Cahaya bulan dan bintang yang menyinari bumi, menghiasi sehingga dinihari. Tanpa kehitaman malam, pudar cahaya dan senyuman bulan, tak menyerlah keayuan diri bintang.......'Tanpa Hitam malam, siapalah bulan dan bintang'.

Hitamnya rambut...........ia tetap tinggi bertakhta. Menjadi lambang bahawa diri masih muda. Kekadang membawa lupa maut hampir tiba. Membawa insan segak bergaya. Sehingga ada yang terniat ingin 1 tambah 3. Namun kehadiran lawannya putih membawa insan menginsafi segalanya.

Hitam-hitam si tompok manggis, lagi hitam lagi manis. Itu sebab dimata kita hitam legam tapi tetap ada orang berkenan. Berkasih, bercinta sehingga berjanji sehidup semati.Hitam-hitam si buntut kuali, walaupun hitam hatinya tetap suci..............Bilal bin Rabbah, hamba kulit hitam..............namun imannya putih suci bersih wai'mah dicerca serta diseksa. Imannya mantap bagai pasak. Sehingga tersemai kasih, cinta hanya untuk ALLAH Yang Mencipta.
Hitam malam mencantikkan bulan dan bintang. Hitam rambut sebagai takhta. Hitam kulit semakin manis.Hitam hati ?...........habis porak peranda sepelusuk dunia.
~bingkisan umair82~

Isnin, 25 Mei 2009

SOLAT BERJEMAAH


Kejayaan Manusia dalam agama yang sempurna
Bila kita taat perintah Allah, ikut sunnah nabi Muhammad SAW. "Nabi telah mengajar kita, solatlah sebagaimana kamu lihat aku solat". Nabi SAW tidak pernah solat fardu di rumah. Semoga kita sebahagian daripada ORANG2 yang dimaksudkan oleh Baginda SAW.
"Solat berjemmah 27 kali ganda lebih daripada solat bersendirian".
Oleh itu, didiklah diri kita SOLAT BERJEMAAH dan untuk mendidik anak2 lelaki bawalah dia solat berjemaah dimasjid atau surau. Amin. Semoga bingkisan ini menjadi ungkapan penyubur semangat untuk beribadat.
~Insan yang lemah~

Ahad, 24 Mei 2009

GELAP... HITAM... PEKAT

malam itu gelap, cerahkanlah dengan tahjud
kubur itu gelap, cerahilah dengan alunan merdu bacaan quranmu
api neraka itu hitam, selamatkan diri dengan titisan air mata taubat di malam hari,
bangkitlah pejuang Islam, keluarkan diri dari kePEKATan selaput
dosa dan noda dihati,
Berlari pantas ke pintu syurga,
yang sentiasa terbuka luas untuk hamba2 Allah.
~suara umair82~

EPILOG CINTA BERSIRI (III)

Kehancuran dan kemusnahan cinta terjadi saban waktu, demikian pula setiap detik ada bunga-bunga cinta berputik di mana-mana. Dimanakah bukti kata pujangga, cinta di alam remaja itu suci dan membawa kesejahteraan? Seluruh pelosok alam tahu cinta memerlukan pengorbanan. Cinta telah menyebabkan terkorbannya iman, agama, maruah, adab dan budaya, meskipun tidak dinafikan cinta pradewasa itu ada yang harum dan kekal mewangi. Sebenarnya kesucian dan kebenaran cinta itu tidak lahir dari kata-kata. Ia bukan juga bukti sebuah kejujuran dan keikhlasan. Cinta hadir daripada keterampilan pemilik cinta itu sendiri. Seorang lelaki yang benar-benar jatuh cinta dan mencintai seorang perempuan akan menunjukkan sikap, sifat, prnampilan serta gerak laku yang sentiasa meyakinkan insan yang dicintainya. Awas wahai puteri-puteri, setengah-setengah daripada sikap yang demikian baik dan penuh sopan pun penuh pula dengan kepura-puraan. Kekuatan dan kebenaran cinta yang diredhai Allah sebenarnya bermula daripada diri seorang yang beriman.
bersambung...