Halaman

PERMATA HATI KELUARGA

Lilypie First Birthday tickers

Rabu, 1 Julai 2009

KEPALAKU PUSING

cuaca makin panas... alyaku sakit kepala. Dah demah dengan air sejuk. Allhamdulillah, alyaku dan tidur. Moga2 Allah bagi kekatan kepada alyaku untuk jadi insan bertakwa.
nun diluar saya, mentari bagaikan bencikan awan. awan bagaikan dilarikan angin. terik, panas, bagaimana nanti dipadang mahsar. 12 biji matahari sejengkal di atas kepala. angin sepi bagaikan hilang punca. semuanya aturan Allah sebagai peringatan.
ingatlah, bukan lgi panas, disana otak bakal menggelegak.

satu golongan, pada masa itu sedang beristirehat di atas timbunan kasturi, di atas singgahsana daripada mutiara. mereka adalah, golongan yang berusaha menghidupkan agama di saat orang meninggalkannya. semoga saya dan alya dimasukkan dalam golongan tersebut.

Selasa, 30 Jun 2009

USAHA ATAS IMAN

IMAN- keyakinan kepada Allah merupakan asas dalam Islam. Jika iman kita betul dengan Allah, maka amal kita akan jadi betul. Tetapi, jika dalam hati kita ada syirik walaupun sebesar debu, nescaya tiada manafaat dan ganjaran untuk amal kita. Maka, menjadi tuntutan supaya kita usaha atas iman dengan sungguh-sungguh.
Apa itu usaha atas iman?
Usaha betulkan yakin dalam hati supaya yakin kepada Allah, dan tidak yakin pada asbab. Guna asbab tetapi yakin pada Allah. SAKIT maka kita makan ubat, tetapi yakin Allah yang menyembuhkan... Semoga binkisan bicara ini memberi dorongan untuk kita semua.