Halaman

PERMATA HATI KELUARGA

Lilypie First Birthday tickers

Isnin, 11 Mei 2009

EPILOG CINTA BERSIRI (II)

Kehancuran dan kemusnahan cinta terjadi saban waktu, demikian pula setiap detik ada bunga-bunga cinta berputik di mana-mana. Dimanakah bukti kata pujangga, cinta di alam remaja itu suci dan membawa kesejahteraan? Seluruh pelosok alam tahu cinta memerlukan pengorbanan. Cinta telah menyebabkan terkorbannya iman, agama, maruah, adab dan budaya, meskipun tidak dinafikan cinta pradewasa itu ada yang harum dan kekal mewangi. Sebenarnya kesucian dan kebenaran cinta itu tidak lahir dari kata-kata. Ia bukan juga bukti sebuah kejujuran dan keikhlasan. Cinta hadir daripada keterampilan pemilik cinta itu sendiri. Seorang lelaki yang benar-benar jatuh cinta dan mencintai seorang perempuan akan menunjukkan sikap, sifat, prnampilan serta gerak laku yang sentiasa meyakinkan insan yang dicintainya. Awas wahai puteri-puteri, setengah-setengah daripada sikap yang demikian baik dan penuh sopan pun penuh pula dengan kepura-puraan. Kekuatan dan kebenaran cinta yang diredhai Allah sebenarnya bermula daripada diri seorang yang beriman.
Bersambung....