Halaman

PERMATA HATI KELUARGA

Lilypie First Birthday tickers

Selasa, 28 April 2009

EPILOG CINTA BERSIRI (IV)

Jelas suatu pendustaan sekiranya seorang lelaki berkata dia benar-benar mencintai seseorang perempuan tetapi dalam masa yang sama mencemarkan maruah, kesucian atau keimana wanita tersebut. Lelaki adalah pelindung dan pemimpin kepada perempuan. Merekalah pembela maruah dan nasib perempuan. Bolehkah diterima janji cinta sedangkan dalam masa yang sama dia mengheret pasangannya itu ke kancah maksiat? Diakah yang diharapkan menjadi teman melayari bahtera kehidupan untuk sama-sama mendarat di pulau iman? Lelaki yang benar-benar mencintai pasangannya tidak akan mencemarkan kekasihnya walaupun sekadar bersentuhan sebagai bukti cinta. Ketahuilah olehmu wahai remaja, semua perlakuan itu tidak lain dan tidak bukan dari hasutan nafsu serakah yang ditujangi hasutan syaitan. Cinta ibarat cahaya, bukan pencetus masalah dan pembawa derita. Tidak perlu berkorban untuk cinta kerana cinta yang benar-benar suci dan anugerah Ilahi menjadikan pemiliknya bertambah matang, dewasa, beriman malah berpribadi mulia.
Cinta pasti hadir dalam jiwa manusia terutamanya dalam kemelutnya menghadapi perubahan diri, persekitaran dan juga alam. Serpiha jiwa remaja betembung dengan perasaan ke arah kedewasaan menyebabkan lahirnya pertemuan dua perasaan iaitu jiwa keanak-anakan dan naluri kedewasaaan. Ketahuilah, rasa cinta, kasih dan sayang di alam remaja hanyalah dorongan naluri untuk memiliki dan dimiliki. Sedangkan hakikat yang sebenar rasa demikian adalah pengisian ke arah tuntutan iman dan kesedaran untuk ditumpahkan sepenuhnya kepada Allah swt. Dan ketahuilah, rasa cinta itu sebenarnya adalah rasa resah yang lair dan tidak terpimpin. Ia adalah rasa yang bakal menjadi virus perosak kepada kehidupan yang penuh peradaban. Wahai remaja, serahkanlah cintamu kepada Yang Esa, cintamu pasti berbalas dan pelbagai nikmat yang tidak terhintung.
perKAHWINan gerbang kebahagiaan sejati...
insan biasa~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan