Halaman

PERMATA HATI KELUARGA

Lilypie First Birthday tickers

Selasa, 23 Jun 2009

RENUNGAN BUAT SUAMI

Sekeping kertas catatan biru, bertaip cantik dan kemas, menjadi simpanan sekian lama, titipan daripada YANG TERISTIMEWA, menjadi bingkisan dalam hidup yang sementara, menuju ke pintu syurga. Bantulah kami dengan DOAmu semua di sejadah, selepas sujuh di malam syahdu di hadapan Rabbi.

Ini kira, kalau yang baca tue sang puteri, ambik bagi kat suami pun boleh... klu si suami, jadikan panduan, pedoman, pendorong ke jalan bahagia yang diredhi Allah. Ana bukan ustaz, kat sekolah semua panggil ustaz, tapi saya cinta Agama.
Semoga ISLAM terus berkembang...
Wahai SUAMI renungkanlah
Pernikahan@perkahwinan menyingkap tabir rahsia
Isteri (alya) yang kamu nikahi tidak semulia Khadijah
tidaklah setakwa Aisyah
tidaklah setabah Fatimah
Justeru
Alyamu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah
Pernikahan@perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama
Alya menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Alya ladang tanaman, kamu pemagarnya
Alya kiasan ternakan, kamu gembalanya
Alya adalah murid, kamu mursyidnya
Alya bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya
Saat Alya menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Seketika Alya menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandainya Alya tulang yang bengkok, berhati-hatilah meluruskannya
Pernikahan @ perkahwinan menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha ALLAH swt kerana
Memiliki Alya yang tidak sehebat mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.
pun bukan Saidina Ali Karramallahhuwajhah
cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH
~AMIN~
.: terima kasih Maira :.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan